Jaundis sering berlaku pada bayi. 50% bayi akan mengalami jaundis pada minggu pertama selepas kelahiran. Jaundis adalah warna kekuningan yang kelihatan pada kulit yang disebabkan oleh meningkatnya kadar bilirubin dalam darah. Jaundis pada bayi adalah jaundis yang berlaku dalam masa sebulan selepas kelahiran bayi.
Bilirubin adalah sejenis pigmen yang dihasilkan dari pemecahan sel darah merah. Ia kemudian diproses di dalam hati sebelum dikeluarkan ke dalam najis.
Terdapat Beberapa jenis Jaundis yang berlaku pada bayi antaranya:
Merupakan jaundis yang paling sering terjadi pada bayi dan tidak merbahaya. Jaundis bermula selepas 48 jam dan akan beransur hilang pada akhir minggu pertama kelahiran. Jaundis jenis ini terjadi disebabkan oleh pemecahan sel-sel darah merah dan keadaan organ hati yang belum cukup matang.
Jaundis jenis ini bermula dalam masa dua hari selepas lahir. Ini disebabkan oleh pemecahan sel-sel darah merah yang berlebihan akibat:
Juandis boleh berlaku dalam masa yang panjang. Jaundis dianggap berpanjangan apabila keadaan kekuningan berlanjutan sehingga melebihi 14 hari bagi bayi yang cukup bulan dan 21 hari bagi bayi pramatang. Ianya disebabkan oleh:
Sekiranya terjadi tanda-tanda seperti :
Ibu bapa dinasihatkan membawa bayi berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan dan menjalankan ujian. Selain itu juga, sila dapatkan khidmat nasihat daripada doktor sekiranya bayi berisiko menghidapi jaundis.
Kadar indirect bilirubin yang tinggi pada bayi baru lahir boleh mencapai tahap bahaya sehingga menyebabkan gangguan pendengaran dimana terjadi kerosakan otak di bahagian kawalan pendengaran serta kerosakan otak yang teruk (kernicterus). Oleh itu pencegahan awal perlu bagi mengelakkan terjadinya komplikasi yang teruk.
Secara umumnya terdapat dua cara bagi merawat penyakit jaundis iaitu:
Di mana bayi akan diletakkan di bawah sinaran komponen cahaya biru tertentu sehingga indirect bilirubin akan ditukarkan kepada bahan yang tidak bahaya.
Rawatan foto pada bayi yang mengalami jaundis.
Nota: jangan dedahkan bayi anda pada cahaya matahari pagi secara terus kerana ini membahayakan bayi anda.
Kadar bilirubin yang dianggap bahaya bagi bayi baru lahir adalah melebihi 20 mg/dL (340 umol/L). Rawatan pertukaran darah adalah pilihan cara terakhir bagi menghindarkan terjadinya kerosakan otak. Kadar bilirubin untuk rawatan ini bergantung kepada banyak faktor termasuk usia bayi dan penyebab jaundis itu sendiri.
Adalah penting untuk kita mengesan dan memantau bayi yang berisiko tinggi untuk terjadi jaundis yang teruk. Tindakan awal mengesan jaundis dapat memastikan rawatan yang sesuai dan mengurangkan komplikasi.
Sumber dari : www.infosihat.gov.my