Pusat Perubatan An-Nisa'

Kelas Antenatal : Permata Hatiku
Kelas Antenatal : Permata Hatiku

Kelas antenatal sangat berguna kepada ibu bapa terutama bagi mereka yang pertama kali menerima ahli baru dalam hidup. Kelas ini dapat membantu anda bersedia ketika di saat kelahiran dan menyediakan peluang yang terbaik bagi sebarang pertanyaan dan persoalan berkaitan tentang kelahiran yang akan membantu anda lebih tenang dan bersedia.

Kelas Antenatal “Permata Hatiku” anjuran BAKRA dengan kerjasama Pusat Perubatan An-Nisa’ menyediakan pendidikan sebelum kelahiran oleh para panel yang berpengalaman yang akan membantu anda bersedia untuk menerima ahli baru dalam hidup anda.

Yuran penyertaan sebanyak RM 50. 00 sahaja bagi satu pakej program atau RM 10.00 bagi setiap satu program.

Hubungi 09-741 4444, 4446, 4447 untuk sebarang pertanyaan dan jadual kelas.

Hospital Mesra Ibadah
KONSEP HOSPITAL  MESRA IBADAH (HMI)

Muqadimmah

Secara umumnya kepentingan membantu pesakit Muslim menunaikan ibadat semasa di wad bukanlah satu yang prioriti bagi pengurusan hospital.   Kegagalan pesakit dan kakitangan melakukan ibadah semasa di hospital adalah satu tanggungjawab yang harus ditangani oleh semua pihak kerana ia menjadi ‘fardhu kifayah’ bagi masyarakat Islam terutama bagi pihak pengurusan hospital mencari penyelesaian kepada masalah tersebut.   Pihak pengurusan atau doktor-doktor Muslim harus menganggap ini sebagai satu kewajiban yang perlu dicari jalan penyelesaian dengan cara yang terbaik.

Masyarakat Islam tidak sepatutnya membiarkan perkara ini berterusan walaupun kebanyakan yang memegang tampok pengurusan adalah orang Islam malah harus memulakan satu gelombang kesedaran membaiki keadaan yang telah lama dibiarkan.

Bagi pengamal perubatan Muslim, rawatan yang diberikan kepada pesakit mesti meliputi empat dimensi yakni aspek fisikal, psikologi, mental dan kerohanian.    Kita harus melihat kembali tanggungjawab dan perbezaan kita dengan pengamal perubatan yang lain atau pengurusan bukan Islam kerana kita adalah ummah terbaik – “the best Ummah” dan “best care givers” yang memberi rawatan secara menyeluruh.

Prof. Yusof Qardawi, dalam buku “fiqh Awlawiyad”, menekankan keperluan memahami keutamaan supaya melakukan pekerjaan yang manfaatnya lebih lama dan lebih kekal kesannya. Dalam konteks ini kita harus memahami akan pentingnya memberi kesedaran dalam membantu pesakit dan keluarga serta kakitangan hospital supaya lebih dekat dengan Allah semasa di hospital dan seterusnya selepas discaj.   Dengan demikian kita akan dapat kejayaan di dunia dan akhirat sesuai dengan falsafah kehidupan seorang Muslim.

Hospital Mesra Ibadah (HMI)

Konsep Hospital Mesra Ibadah (HMI) adalah berdasarkan kepentingan ibadah yang mesti dilakukan secara berterusan dan Islam itu sebagai satu cara hidup yang menyeluruh (syumul).    Membina hospital adalah fardhu kifayah bagi masyarakat Islam.  Pengamal perubatan dan pentadbiran hospital serta kakitangan bertanggungjawab berusaha memudahkan dan membantu pesakit dan kakitangan untuk melakukan ibadah semasa di hospital. Dimensi ini  pada dasarnya kurang diberi penekanan kerana sebab-sebab tertentu seperti isu kejahilan umat dan takut kepada “apa orang kata”. Walaubagaimanapun sejak kebelakangan ini kesedaran itu telah mula meningkat dan perlu satu dasar yang jelas untuk memudahkan pesakit / kakitangan melakukan ibadah di hospital swasta atau kerajaan.

Hospital Mesra Ibadah ialah satu gagasan pengurusan hospital, selain daripada memberi perkhidmatan terbaik dan professional.       Pihak Pengurusan harus  peka dengan keperluan membantu pesakit, kakitangan, pelawat serta mereka yang berinteraksi dengan hospital supaya dapat melakukan ibadah secara berterusan malah dibantu supaya lebih mendekati Allah SWT terutama dalam keadaan yang memerlukan bantuan dan rahmat dari Allah SWT.   Petugas, kakitangan hospital harus diberi peluang serta digalakkan untuk melaksanakan ibadah kepada Allah secara optimal dengan program – program dan latihan-latihan yang dirancang dan bukan hanya dengan secara tidak sengaja.

Hospital Mesra Ibadah akan memberi suasana keselesaan kepada pesakit dan akan meningkatkan imej serta tahap perkhidmatan hospital tersebut. Mereka boleh melakukan ibadah tanpa gangguan,  malah dibantu dan dokong oleh kakitangan hospital.   Dengan ini, InsyaAllah akan mendapat keberkatan dan kerahmatan dari Allah SWT.   Setiap saat dan tugasan mereka di hospital akan dikira sebagai “ibadah” dalam erti kata yang luas.

Dengan adanya konsep Hospital Mesra Ibadah (HMI),  kakitangan hospital harus akur bahawa mereka berada dalam satu organisasi yang menjalankan amanah dan kewajiban terhadap Allah SWT.    Suasana dan budaya Islami harus dipupuk dan dimantapkan supaya ia boleh dipancarkan melalui perkhidmatan dan layanan yang diberikan kepada pesakit, keluarga dan mereka yang berurusan dengan mereka.

Hospital Mesra Ibadah adalah satu gagasan yang penuh cabaran dan memerlukan “hikmah” dan komitmen yang jitu untuk dilaksanakan kerana ia adalah satu konsep baru dan mungkin akan disalah tafsirkan. Perancangan dan kefahaman pihak yang bertanggungjawab harus dibuat dengan teliti supaya ia berjaya diimplementasikan mengikut tahap-tahap yang tertentu. Bagi hospital swasta milik orang Islam, seharusnya menjadi kewajiban untuk diterapkan dengan sebaik mungkin, walaubagaimanapun hospital kerajaan implimentasinya mungkin berperingkat-peringkat mengikut keadaan dan suasana.

Perlaksanaan Hospital Mesra Ibadah (HMI)

Dalam usaha melaksanakan Hospital Mesra Ibadah (HMI) kita boleh bahagikan kepada beberapa komponen penting untuk mencapai perlaksanaan gagasan tersebut :

1.   Visi / Misi / Perancangan

2.   Infrastruktur / Aspek Fizikal

3.   Pengurusan Hospital / Kakitangan

4.   Pesakit / Pelawat

1.        VISI / MISI / PERANCANGAN

Dalam peringkat awal penubuhan sesebuah hospital,  tujuannya ialah sebagai memberi perkhidmatan dan mungkin gabongan ekonomi. Bagi hospital Islam, sebaik-baiknya berbentuk “dakwah bil hal” dan bukan meletakkan “profit maximizations” sebagai tujuan utama.   Bagi hospital swasta  yang diuruskan oleh orang Islam,  misi dan visinya harus mengambil kira sikap tanggungjawab malah menyokong konsep Hospital Mesra  Ibadah  (HMI)  sebagai satu elemen asas.    Dalam perbincangan peringkat  awal  tujuan  penubuhan   hospital,   tujuannya  haruslah     jelas dan  selari dengan  Hospital Mesra Ibadah  (HMI).    Ini       memudahkan perlaksanaan sekiranya dari awal konsep ini telah diambil kira dan menjadi dasar dalam hospital tersebut. Kakitangan yang diambil terutama pengurusan kanan hospital sepatutnya adalah mereka yang memahami dan sedar keperluan memberi kemudahan ibadah kepada masyarakat Islam dan sebaik-baik menyokong penuh konsep Hospital Mesra Ibadah (HMI).

Dalam perbincangan awal kemudahan asas seperti tempat sembahyang, wudhu dan penjagaan ‘dignity’ pesakit haruslah dirancang lebih dengan penuh komitmen supaya ia dapat mencerminkan satu institusi yang mesra ibadah.

2.        ASPEK FIZIKAL & INFRASTRUKTUR

Setelah dirancang dengan rapi dari awal implimentasi konsep serta kemudahan yang disediakan akan menunjukkan suasana yang ‘mesra’ untuk masyarakat Islam melakukan ibadah semasa mereka berurusan dengan hospital-hospital tersebut.   Fasiliti yang asas dan kemudahan yang disediakan sesuai dan selari dengan keperluan dan tuntutan Islam. Wad lelaki dan perempuan semesti diasingkan dan bukan mereka dirawat di wad terbuka.    Pada masa ini masih ada di hospital-hospital tertentu yang wad lelaki dan perempuan hanya dipisahkan dengan partisyen yang tidak sempurna malah terbuka.   Pengurusan                harus peka dengan keperluan asas ini kerana ia tidak perlu perbelanjaan yang banyak dalam menyiapkan kemudahan tersebut.

Dengan adanya fasiliti tersebut keselesaan ini akan dapat dirasai oleh pengguna dan akan meningkatkan lagi imej sesebuah hospital.   Perancangannya penting dari awal kerana persediaan keperluan ini ‘tidak’ menampakkan keuntungan secara jelas dalam jangka masa yang terdekat tetapi akan memberi gambaran yang positif kepada masyarakat Islam.

3.        KOMPONEN KE – 3 (PENGURUSAN / KAKITANGAN)

Kakitangan hospital memainkan peranan yang penting dalam merealisasikan Hospital Mesra Ibadah (HMI). Dengan gandingan kepekaan pengurusan dan kesedaran, keyakinan dan komitmen kakitangan hospital perlaksanaan Hospital Mesra Ibadah (HMI) akan menjadi lebih mudah dan berjaya. Bagi hospital Islam, pengurusan seharusnya ada garis panduan yang jelas. Perancangan latihan dan aktiviti yang menyeluruh serta mekanisme pengawasan yang berterusan adalah asas bagi keberkesanan Hospital Mesra Ibadah. Program-program khas khusus untuk melatih, mendidik dan menberi kesedaran akan konsep ibadah dalam Islam mestilah menjadi agenda utama bagi pengurusan hospital. Bagi hospital Islam HMI mesti termasuk dalam semua  ‘Standard Operation Procedure (SOP’s)’. Semua kakitangan dari peringkat bawah hingga teratas tidak dikecualikan dalam program HMI seperti usrah / tazkirah / tamrin / Qiamulail dan lain lagi yang boleh memberi kefahaman dan kesedaran kakitangan untuk membantu menjadi pemangkin kepada HMI.

Bagi hospital yang lain seperti hospital kerajaan perlu ada sekumpulan “think tank” dan ‘penggerak’ yang berusaha untuk melaksanakan HMI secara berperingkat kerana keadaan dan peraturan yang berbeza. Kakitangan semestinya diberi peluang dan kemudahan menunaikan solat dan ibadah-ibadah lain supaya ini akan meningkatkan ‘saksiah’ / keperibadian mereka dan seterusnya menjadikan mereka kakitangan yang komited dan dapat memberi pekhidmatan yang terbaik.

Perkara asas dalam Islam seperti kebenaran menutup aurat / masa bekerja yang sesuai serta kemudahan lain adalah menjadi tanggungjawab pengurusan untuk menyediakan kepada kakitangan hospital.   Bagi ‘hospital-hospital Islam’ atau hospital kerajaan perlu ada perancangan untuk menyediakan pakaian yang sesuai untuk pesakit, buku panduan serta  kakitangan yang khas (special officer) untuk merancang, mengawasi dan membantu kakitangan serta pesakit untuk mencapai cirri-ciri hospital mesra ibadah (HMI) .

Kemudahan untuk mengazankan bayi atau kakitangan yang boleh membantu pesakit yang sedang nazak juga perlu difikirkan dan banyak lagi aktiviti dan program yang boleh di buat dalam usaha melaksanakan hospital mesra ibadah (HMI).

4.         PESAKIT/PELAWAT

Perancangan yang dibuat untuk pesakit bermula sejak awal lagi mereka di beri perkhidmatan yang terbaik sesuai dengan tugasan kakitangan melakukan tugas sebagai ibadah.   Kemudahan asas disediakan dengan dibantu oleh kakitangan yang dilatih untuk membantu mereka seperti terkandung dalam ‘SOP’s.   Tidak timbul isu keadaan dan suasana yang berlawanan dengan Prinsip Islam seperti tidak dibenarkan menutup aurat.

Kesimpulannya konsep Hospital Mesra Ibadah (HMI) bertujuan memberi kesedaran kepda pihak-pihak pengurusan dan kakitangan serta mereka yang bertanggungjawab merancang sesebuah hospital untuk menyediakan kemudahan kepada masyarakat Islam yang berurusan dengan hospital supaya dapat melaksanakan ibadah dengan baik, sempurna dan berterusan.

Ia seharusnya mempamerkan satu suasana yang lebih mesra kepada pelanggan dan seterusnya meningkatkan tahap perkhidmatan sesebuah hospital .

Dr. Ishak Mas’ud

Pakar Perubatan (Gastroenterologi)

Al-Islam Specialist Hospital

sumber : http://www.islamichospitalmalaysia.com/

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1432H
Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.

Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.

Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.

Klinik Pakar mata
Klinik Pakar Mata akan dibuka JAN 2012……..Dapatkan temujanji sekarang untuk mengatasi masalah ANNNNDDDAA….

Kita sedia membantu anda.Mata adalah anugerah yang amat bernilai,,, Jangan siakan pemberian olehNYA

Promosi Berkhatan sepanjang cuti sekolah
Istimewa : Dikendalikan oleh pakar bedah yang berpengalaman, hanya RM150 sahaja. Dapatkan hadiah ISTIMEWA. Maklumat lanjut sila hubungi khidmat pelanggan kami untuk temujanji dan maklumat lanjut di talian 09-7414447.

Info kesihatan : Neonatal Jaundice
Jaundis sering berlaku pada bayi. 50% bayi akan mengalami jaundis pada minggu pertama selepas kelahiran. Jaundis adalah warna kekuningan yang kelihatan pada kulit yang disebabkan oleh meningkatnya kadar bilirubin dalam darah. Jaundis pada bayi adalah jaundis yang berlaku dalam masa sebulan selepas kelahiran bayi.

Bilirubin adalah sejenis pigmen yang dihasilkan dari pemecahan sel darah merah. Ia kemudian diproses di dalam hati sebelum dikeluarkan ke dalam najis.

Terdapat Beberapa jenis Jaundis yang berlaku pada bayi antaranya:

Fisiologi jaundis

Merupakan jaundis yang paling sering terjadi pada bayi dan tidak merbahaya. Jaundis bermula selepas 48 jam dan akan beransur hilang pada akhir minggu pertama kelahiran. Jaundis jenis ini terjadi disebabkan oleh pemecahan sel-sel darah merah dan keadaan organ hati yang belum cukup matang.

Patologi jaundis

Jaundis jenis ini bermula dalam masa dua hari selepas lahir. Ini disebabkan oleh pemecahan sel-sel darah merah yang berlebihan akibat:

Ketidakserasian kumpulan darah antara ibu dan anak. (Bila ibu mempunyai Rhesus negative atau kumpulan darah ‘O’).

G6PD defisiensi pada bayi. Kekurangan enzim ini menyebabkan sel-sel darah merah tidak stabil apabila terdedah pada bahan-bahan tertentu. Bagaimanapun tidak lebih dari 5% bayi mengalami masalah ini. Sekarang semua bayi akan diperiksa status G6PD nya sejurus selepas lahir. (Rujuk senarai makanan,ubat-ubatan yang harus dielakkan oleh penghidap G6PD defisiensi ). (Rujuk senarai makanan, ubat-ubatan yang harus dielakkan oleh penghidap G6PD defisiensi)

Jangkitan kuman pada bayi. Bayi biasanya kelihatan lemah dan memerlukan rawatan di hospital.

Juandis boleh berlaku dalam masa yang panjang. Jaundis dianggap berpanjangan apabila keadaan kekuningan berlanjutan sehingga melebihi 14 hari bagi bayi yang cukup bulan dan 21 hari bagi bayi pramatang. Ianya disebabkan oleh:

Penyusuan susu ibu sepenuhnya ( breast milk jaundice). Jaundis yang berpanjangan ini tidak membahaya pada bayi selagi ibu tidak megambil ubat-ubatan tradisional.

Penyekatan aliran hempedu dari hati ke usus yang akhirnya menyebabkan najis yang pucat dan air kencing yang pekat. Bagaimanapun kes ini jarang terjadi.

Kekurangan hormon tiroid. Kes ini sangat jarang, seorang dari 4000 kelahiran. Melalui program saringan kebangsaan, semua bayi yang lahir akan dilakukan pemeriksaan saringan menggunakan darah tali pusat.

Sekiranya terjadi tanda-tanda seperti :

Jaundis terjadi dalam masa 24 jam selepas dilahirkan.

Peningkatan kekuningan yang cepat

Bayi anda mengalami G6PD defisiensi

Anak anda terdahulu pernah mengalami jaundis teruk

Bayi anda kelihatan tidak aktif dan tidak mahu menyusu

Najis bayi anda kelihatan pucat atau air kencingnya menjadi pekat

Ibu bapa dinasihatkan membawa bayi berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan dan menjalankan ujian. Selain itu juga, sila dapatkan khidmat nasihat daripada doktor sekiranya bayi berisiko menghidapi jaundis.

Kadar indirect bilirubin yang tinggi pada bayi baru lahir boleh mencapai tahap bahaya sehingga menyebabkan gangguan pendengaran dimana terjadi kerosakan otak di bahagian kawalan pendengaran serta kerosakan otak yang teruk (kernicterus). Oleh itu pencegahan awal perlu bagi mengelakkan terjadinya komplikasi yang teruk.

Secara umumnya terdapat dua cara bagi merawat penyakit jaundis iaitu:

Rawatan fototerapi

Di mana bayi akan diletakkan di bawah sinaran komponen cahaya biru tertentu sehingga indirect bilirubin akan ditukarkan kepada bahan yang tidak bahaya.

Rawatan foto pada bayi yang mengalami jaundis.

Nota: jangan dedahkan bayi anda pada cahaya matahari pagi secara terus kerana ini membahayakan bayi anda.

Pertukaran darah.

Kadar bilirubin yang dianggap bahaya bagi bayi baru lahir adalah melebihi 20 mg/dL (340 umol/L). Rawatan pertukaran darah adalah pilihan cara terakhir bagi menghindarkan terjadinya kerosakan otak. Kadar bilirubin untuk rawatan ini bergantung kepada banyak faktor termasuk usia bayi dan penyebab jaundis itu sendiri.

Adalah penting untuk kita mengesan dan memantau bayi yang berisiko tinggi untuk terjadi jaundis yang teruk. Tindakan awal mengesan jaundis dapat memastikan rawatan yang sesuai dan mengurangkan komplikasi.

Sumber dari : www.infosihat.gov.my

Ular membelit mayat
Dizaman khalifah Abu Bakar as-Siddiq dimana seorg lelaki meninggal dunia & sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan bergerak-gerak, apabila mereka membuka kain kafan tersebut mereka melihat seekor ular sedang membelit mayat lelaki itu serta memakan & menghisap darahnya. Lalu mereka cuba untuk menghalang & mahu membunuh ular tersebut, maka ular itu berkata:Lailahaillah Muhammad Rasulullah, mengapakah kalian hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa & aku tidak bersalah, ALLAH s.w.t telah memerintahkan aku supaya menyeksanya sehingga hari Qiamat. Lalu para Sahabat bertanya: Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini? Berkata ular: Dia telah melakukan 3 kesalahan…Pertama-apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk solat berjemaah. Kedua-dia tidak mahu keluar zakat hartanya..Ketiga-dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama’ malah membenci dan memusuhi mereka..

Pertandingan Badminton Antara Kakitangan
Pada 30 Julai 2011, Pusat Perubatan An-Nisa’ telah menganjurkan satu pertandingan badminton antara kakitangan. Pertandingan itu diadakan bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara pihak pengurusan dengan kakitangan disamping mewujudkan persekitaran yang sihat.

Bala menimpa
Daripada Ali b. Abi Tholib karramallahu wajhu, Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud : Apabila umatku telah membuat 15 perkara maka bala pasti akan turun ke atas mereka

1) Apabila harta negara beredar kepada orang-orang tertentu sahaja

2) Apabila amanah dijadikan sebagai satu sumber keuntungan

3) Apabila zakat dijadikan hutang/tangguh

4) Apabila suami memperturutkan segala kehendak isteri manakala ibunya diderhakai

5) Apabila anak-anak derhaka kepada ibunya

6) Apabila anak-anak menjauhkan diri daripada bapanya

7) Apabila anak-anak hanya mendengar cakap kawan-kawannya

Apabila suara ditinggikan di dalam masjid

9) Apabila orang yang menjadi ketua dalam sesuatu kaum adalah orang yang paling hina dikalangan mereka

10) Apabila seorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya

11) Apabila arak sudah diminum di serata tempat

12) Apabila kain sutera banyak dipakai oleh kaum lelaki

13) Apabila penghibur/artis disanjung & dimuliakan

14) Apabila muzik terlalu banyak dimainkan orang

15) Apabila generasi akhir umat melaknat & menyalahkan generasi para sahabat..

Tip berpuasa untuk pesakit
PEMAKANAN pada bulan Ramadan untuk mereka yang anda kasihi, khasnya yang sudah berumur atau mereka yang sedang beransur pulih merupakan sesuatu yang agak mencabar.

Walau bagaimanapun, pemakanan yang seimbang bukanlah sukar dicapai sekiranya kita mengamalkan tabiat makan berikut.

Panduan berguna yang perlu diingati semasa Ramadan

* Minum air yang mencukupi di antara waktu berbuka dan sebelum tidur serta waktu sahur untuk mengelakkan kekurangan air dalam badan/dehidrasi.

Minumlah dengan banyak sekurang-kurangnya lapan gelas sehari untuk menggantikan air yang hilang. Jika tidak, tubuh boleh berasa letih dan tidak bermaya. Pastikan waktu makan dan snek disertai dengan air sebanyak satu hingga dua gelas.

* Ambil sayur-sayuran yang mencukupi semasa makan. Pengambilan buah-buahan digalakkan selepas makan

* Elakkan pengambilan makanan yang mengandungi kandungan gula yang tinggi seperti kuih-muih dan pencuci mulut yang manis atau minuman bergula

* Elakkan makanan yang terlalu berempah atau pedas sekiranya mengalami masalah gastrik

* Kurangkan pengambilan minuman berkafeina seperti kola, kopi dan teh. Kafeina boleh bertindak seperti diuretik dan boleh menyebabkan pembuangan air yang berlebihan dan boleh mengakibatkan badan kekurangan air dan garam.

Pengurangan kafeina ini boleh dilakukan dengan perlahan-lahan sebelum bulan Ramadan untuk mengelakkan gejala seperti sakit kepala dan perilaku atau mood yang tidak menentu.

* Merokok adalah salah satu faktor risiko beberapa penyakit seperti kanser dan juga penyakit koronari.

Bulan Ramadan adalah waktu yang baik untuk individu yang menghisap rokok supaya berhenti berbuat demikian. Menghisap rokok boleh meninggalkan kesan negatif kepada proses ######bolisme di dalam badan.

* Jangan lupa untuk membersihkan mulut dengan memberus gigi sebelum tidur dan selepas bersahur untuk kesihatan gigi yang baik

* Mengekalkan berat badan yang sesuai amat penting untuk kesihatan. Individu yang mempunyai berat badan yang rendah atau kurang tidak digalakkan untuk kehilangan berat badan lagi.

Pengambilan makanan yang tidak mencukupi, akan mengakibatkan pengurangan berat badan. Sebaik-baiknya individu berkenaan sentiasa menimbang berat badan.

* Elakkan pengambilan makanan yang berlebihan sewaktu makan sahur juga

* Digalakkan untuk terus melakukan aktiviti-aktiviti riadah dan senaman walaupun berpuasa. Contoh senaman yang boleh dilakukan seperti berjalan atau regangan.

Adalah amat penting untuk mempraktikkan pengurusan masa yang baik agar dapat melakukan ibadah, bekerja atau belajar dan juga melakukan aktiviti fizikal pada hari yang sama.

Masalah yang sering dihadapi pada bulan Ramadan

* Sembelit

Penyebabnya adalah pengambilan makanan yang diproses dengan terlalu banyak, air yang tidak mencukupi dan juga kekurangan serat diet. Memburukkan keadaan adalah pengurangan aktiviti fizikal secara mendadak.

Ia dapat dielakkan dengan minum air yang mencukupi pada sebelah malam, mengambil makanan yang mengandungi serat yang tinggi dan mengurangkan makanan yang telah diproses.

Buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin penuh sering diabaikan semasa bulan Ramadan.

* Salah penghadaman dan kembung perut

Ia boleh disebabkan oleh makan terlalu banyak dan mengambil makanan yang berminyak, makanan berempah dan makanan yang banyak mengeluarkan gas seperti kacang dal, kubis ataupun minuman bergas.

Boleh dielakkan dengan mengambil makanan dengan tidak terlalu banyak pada satu-satu masa. Untuk individu yang sensitif, makanan yang boleh menyebabkan angin perlulah dielakkan.

* Tekanan darah yang rendah

Berpeluh dengan berlebihan, badan yang lemah, pening dan rasa seperti mahu pitam terutamanya apabila bangun dari tempat duduk. Ia kerap berlaku pada sebelah petang.

Puncanya adalah pengambilan air dan garam yang tidak mencukupi.

Pesakit darah tinggi perlulah memeriksa tekanan darah apabila mengalami tanda-tanda berkenaan. Ada kalanya ubat tekanan darah tinggi perlu diubah dosnya dengan nasihat doktor.

* Sakit kepala

Boleh berlaku apabila mengalami withdrawal daripada pemberhentian kafeina ataupun rokok secara mendadak.

Punca lain ialah tidur atau rehat yang tidak mencukupi. Ia juga akibat terlalu lapar sekiranya keadaan ini berlaku menghampiri waktu berbuka.

Oleh itu pengambilan minuman berkafeina perlulah dikurangkan dengan perlahan-lahan sebelum bulan Ramadan lagi dan diganti dengan teh atau kopi yang tidak mengandungi kafeina.

* Gula darah rendah (hipoglisemia)

Tanda-tanda yang boleh dialami adalah seperti lemah, pening, tidak dapat menumpukan perhatian dan sakit kepala.

Sekiranya individu berkenaan bukan pesakit diabetes, ia mungkin disebabkan pengambilan karbohidrat ringkas yang berlebihan seperti gula pada waktu makan sahur. Ini kerana reaksi badan yang akan mengeluarkan lebihan insulin dan menyebabkan gula darah menurun.

Untuk mengelakkan masalah ini berlaku, makan dengan sederhana sewaktu sahur dan mengelakkan pengambilan gula ringkas yang berlebihan.

* Ketegangan otot

Kekurangan pengambilan makanan tinggi kalsium, magnesium dan kalium. Boleh dielakkan dengan memastikan pengambilan makanan yang mengandungi mineral berkenaan, contohnya sayuran, hasil tenusu, daging dan juga kurma.

Pesakit yang mengambil ubat tekanan darah tinggi dan juga yang mengalami penyakit batu karang perlulah meminta nasihat doktor terlebih dahulu.

* Ulser peptik dan gastrik

Peningkatan paras asid dengan perut yang kosong boleh memburukkan keadaan berkenaan. Tanda yang boleh dirasai adalah rasa sakit atau rasa panas terbakar dari dalam perut, dari bawah rusuk dan boleh dirasai hingga ke anak tekak.

Makanan berempah, pedas dan minuman berkafeina seperti kopi dan kola boleh menyebabkan keadaan ini berlaku. Terdapat ubat antiasid yang boleh mengawal keadaan ini.

Oleh itu individu yang mengalami masalah sedemikian perlulah berjumpa doktor sebelum Ramadan bermula.

* Batu karang

Penyakit batu karang boleh berlaku apabila kurang pengambilan cecair. Oleh itu, sangat penting untuk memastikan pengambilan cecair yang mencukupi daripada air ataupun sup pada sebelah malam.

* Sakit sendi

Semasa Ramadan, solat sunat tarawih dan solat sunat tambahan lain yang dilakukan akan memberikan kesan kepada sendi. Di kalangan warga tua atau bermasalah radang sendi (atritis), boleh mengalami kesakitan, kejang, bengkak dan rasa yang tidak selesa.

Senaman terutamanya untuk kaki sangat penting malah baik dilakukan sebelum bulan Ramadan untuk membiasakan diri dengan aktiviti fizikal tambahan ini. Dengan tubuh yang cergas dan sihat akan lebih mudah untuk mengamalkan solat sunat ini.

Garis panduan untuk pesakit diabetes atau kencing manis

Sebelum berpuasa pada bulan Ramadan, pesakit diabetes digalakkan untuk melakukan beberapa perkara seperti:

* Mengawal paras glukosa darah supaya diabetes berada dalam keadaan yang terkawal. Diabetes yang tidak dikawal dengan baik boleh menyebabkan pembuangan air kencing yang berlebihan disebabkan oleh kandungan gula yang tinggi dalam darah. Ini akan menyebabkan tubuh mengalami kekurangan air.

* Menjalani pemeriksaan dan berbincang dengan doktor serta meminta nasihat berkenaan dengan rejimen ubat-ubatan ataupun insulin yang sesuai dan juga dos yang perlu diambil semasa berpuasa

* Berjumpa dengan perunding dietetik dan meminta nasihat pemakanan yang sesuai dengan ubatan ataupun insulin yang digunakan

* Pesakit digalakkan berpuasa sunat untuk menyesuaikan diri dengan ubat-ubatan yang diambil sebelum bulan Ramadan lagi

Pada masa yang sama, mereka digalakkan untuk menguji darah bagi melihat paras glukosa dan cuba menyesuaikan dos ubat atau insulin dengan diet yang betul

* Mereka juga mesti boleh mengenal pasti gejala-gejala dehidrasi, hipoglisemia (paras gula dalam darah yang rendah) dan hiperglisemia (paras gula darah tinggi) serta lain-lain komplikasi.

Ubat-ubatan oral

Bagi pesakit yang tidak bergantung kepada suntikan insulin dan mengalami masalah lebihan berat badan, ibadah puasa dapat membantu mengurangkan berat badan.

Elakkan daripada makan secara berlebihan terutamanya makanan yang berkalori tinggi dan manis seperti kuih-muih, air dan juga bubur manis.

Makanan yang digalakkan adalah jenis yang mempunyai kandungan serat yang tinggi, rendah lemak dan karbohidrat yang lambat dihadamkan. Ini untuk membekalkan tenaga yang dalam jangka masa yang panjang dan berfungsi lebih baik untuk menahan lapar.

Senaman ringan dan sederhana tidak berbahaya untuk dilakukan pada bulan Ramadan sekiranya tidak mengalami sebarang komplikasi dan mengikut nasihat doktor.

Insulin

Pesakit yang bergantung kepada insulin akan memerlukan kawalan dan penjagaan yang lebih ketat.

Mereka perlu memantau paras glukosa darah mereka sebelum dan selepas berbuka, sebelum dan selepas sahur, untuk memastikan mereka tidak mengalami hipoglisemia.

Secara amnya, peraturan pemakanan semasa hari-hari biasa masih perlu dipatuhi pada bulan Ramadan.

Pengambilan makanan yang berlebihan semasa berbuka dan memakan makanan berkarbohidrat dan berlemak terlalu banyak boleh menyebabkan hiperglisemia dan kenaikan berat badan.

Adalah disarankan agar keadaan seumpama ini dapat dielakkan dengan mengambil makanan pada waktu berbuka dan diikuti oleh hidangan ringan selepas sembahyang maghrib dan kemudiannya snek malam selepas sembahyang tarawih. Waktu makan sahur juga penting untuk pesakit diabetes.