An-Nisa’ mempunyai satu Dewan Bedah yang dilengkapi dengan peralatan yang terkini dan canggih. Ia dibuka 24 jam untuk kes-kes kecemasan semasa bersalin. Pada masa ini seramai 8 orang doktor pakar yang mengendalikan kes-kes mengikut kepakaran masing-masing. Bertepatatan dengan hukum syara’, semua kes bersalin dikendalikan sepenuhnya oleh doktor pakar wanita dan kakitangan wanita sahaja.
An-Nisa’ juga turut menyediakan seorang ustazah untuk bersama anda di bilik bersalin bagi memberi kata-kata semangat dan peransang kepada anda. Semoga dengan kehendakNya, anda akan berasa lebih tenang dan tenteram di saat-saat ingin melahirkan.
Selepas bersalin pesakit dikehendaki tinggal di wad/bilik sekurang-kurangnya 24 jam. An-Nisa’ menyediakan wad/bilik yang dilengkapi dengan kemudahan penghawa dingin (air-cond) dan tandas bagi kemudahan dan keselesaan anda. Bagi memenuhi kehendak pesakit, para pesakit diberi pilihan untuk memilih jenis bilik yang berlainan di mana setiap bilik mempunyai ruang yang selesa yang dilengkapi dengan kemudahan tambahan seperti sofa, televisyen dan peti ais.
Semasa pesakit di dalam wad/bilik, pesakit akan ditemani dan dilayani oleh kakitangan wanita dengan ramah mesra. Pesakit boleh menghubungi kakitangan kami dengan menekan butang kecemasan (nursing call) yang disediakan di setiap katil pesakit.
Doktor akan memastikan pesakit betul-betul sihat sebelum membenarkan mereka pulang. Pesakit akan diiringi oleh kakitangan kami sewaktu pulang.
* Tertakluk kepada 6% cukai perkhidmatan
* Tidak termasuk makan dan minum
An-Nisa’ menyediakan pelbagai kemudahan lain bagi kesenangan dan keselesaan para pesakit dan pelawat. Berikut adalah senarai kemudahan lain yang turut disediakan: