JAUNDIS

Adakah saya perlu risau tentang jaundis bagi bayi saya yang baru lahir?

Kira-kira tiga suku daripada semua bayi yang normal dan sihat akan mendapat kulit yang berwarna kuning dalam beberapa hari pertama selepas kelahiran. Jika bayi anda mendapati jaundis, anda tidak perlu risau, tetapi adalah baik bagi anda memberitahu ahli pediatrik anda, terutamanya jika abdomen atau kaki bayi anda kelihatan kuning. Jika bayi anda berkulit gelap, mata putihnya atau tapak tangan atau kakinya akan berwarna kuning. Jika bayi anda lahirkan selepas melalui terma penuh, selalunya warna kulit dan matanya hanya akan kembali normal seminggu selepas kelahiran. Ini akan mengambil masa yang lebih lama jika bayi anda dilahirkan sebelum mencapai terma penuh.

Apakah puncanya?

Jaundis terjadi pada bayi yang sihat apabila darahnya mengandungi bilirubin yang berlebihan – bilirubin ialah satu bahan kimia yang dihasilkan semasa penguraian normal sel darah merah. Bayi yang baru lahir cenderung mempunyai tahap bilirubin yang lebih tinggi sebab mereka mempunyai sel darah merah tambahan yang mengangkut oksigen dan didapati kadang kala ginjal mereka yang masih baru tidak boleh memetabolismekan bilirubin yang berlebihan itu. Apabila tahap bilirubin meningkat lebih daripada normal, kekuningan jaundis akan bergerak dari kepala ke bawah, ke tengkuk, dada dan dalam kes teruk, ia akan sampai ke jari-jari kaki. Jaundis seperti ini yang dikenali sebagai jaundis fisiologi, selalunya tidak menyebabkan kerosakan pada bayi yang sihat (berbeza daripada jenis yang lebih serius dan luarbiasa yang disebabkan oleh penyakit ginjal atau penyakit resus).

Dalam keadaan yang sangat jarang berlaku, bayi baru lahir yang menghidapi jaundis akan mengalami kerosakan sistem saraf – tetapi ini berlaku hanya apabila tahap bilirubin berada di tahap yang terlalu tinggi.

Jika perkara ini terjadi pada bayi anda..jangan risau, anda bolehlah merujuk bayi anda kepada Dr pakar kami.

Klinik pakar kanak-kanak: Setiap Sabtu 9.00am-1.00pm.

 

RAHIM JATUH

Rahim jatuh ialah keadaan dimana tisu atau ligament yang menyokong organ pelvis seperti rahim dan pundi kencing menjadi lemah. Keadaan ini biasa nya terjadi kepada wanita yang sudah melahirkan anak dan wanita yang sudah menopous. Apabila wanita semakin meningkat usia risiko untuk rahim jatuh makin banyak. Ia terbahagi kepada 4 tahap :-

1. Rahim turun sedikit daripada kedudukan asal iaitu kira-kira 1 cm dari dalam pangkal rahim.
2. 2. Rahim seperti terkeluar tidak melebihi 1 cm daripada pangkal rahim.
3. Rahim terkeluar melebihi 2 cm daripada panjang vagina.
4. Rahim terkeluar daripada vagina dan tidak boleh masuk semula.

PUNCA RAHIM JATUH.

Rahim jatuh disebabkan oleh beberapa faktor yang berkaitan dengan kesihatan dalaman dan keadaan sekeliling. Bagi wanita dalam usia produktif dan belum menopaus, ia boleh desebabkan oleh pelbagai punca.

1. Proses kelahiran yang rumit yang melibatkan penggunaan alat bantu seperti forceps dan vakum.
2. Ibu yang melahirkan bayi yang besar (berat melebihi 3.5kg ke atas) atau keahiran kembar.
3. Meneran lebih awal semasa proses kelahiran iaitu sebelum bukaan mencapai 10 cm.
4. Wanita yang mempunyai anak ramai.
5. Ibu yang mengalami obesity.
6. Mengalami ketumbuhan seperti fibroid atau cyst yang bersaiz besar sehingga menekan kearah pelvis.
7. Ibu yang mengalami batuk yang berpanjangan.
8. Ibu yang merokok atau terdedah kepada asap rokok.
9. Mengalami masalah pernafasan seperti jangkitan pada paru-paru dan tibi yang menyebabkan batuk berpanjangan.
10. Sembelit yang berpanjangan.
11. Kerap mengangkat objek yang berat walau pun dalam keadaan postur badan yang betul.

Para ibu-ibu harus peka akan tanda-tanda ini. Kedudukan rahim yang semakin menurun akan ditandai dengan pelbagai symptom.

1. Rasa tidak selesa pada bahagian pelvis atau bawah abdomen.
2. Kencing tidak lawas.
3. Mudah terkencing masa batuk atau bersin.
4. Sakit belakang atau pinggang.
5. Rasa panas dan seolah-olah ada sesuatu yang akan keluar daripada vagina apabila mencangkung.
6. Mengalami keputihan yang banyak.
7. Pendarahan yang disebabkan oleh ulser pada rahim.

KESAN RAHIM JATUH

Kedudukan rahim yang rendah daripada kedudukan asal akan mengakibatka pelbagai masalah. Antaranya ialah jangkitan kuman pada rahim yang boleh menyebabkan pendarahan dan ulser.

Selain itu, kesakitan juga boleh dirasakan semasa hubungan intim. Otot kawalan kencing dan dubur juga lemah yang menyebabkan najis dan air kencing terkeluar tanpa disedari.
Bagi kes rahim jatuh pada tahap keempat, pembedahan buang rahim atau histerektomi akan dilakukan untuk mengelakkan kesakitan dan pendarahan serius. Hal ini secara tidak lansung menyebabkan ketidakupayaan untuk hamil lagi pada masa akan datang.