Profil an-Nisa

Pengenalan

Pusat Perubatan An-Nisa’ (An-Nisa’), yang terletak di Jalan Sultan Ibrahim Kota Bharu, Kelantan, mula ditubuhkan pada 1hb Januari 1995. Di awal penubuhan An-Nisa’, perkhidmatan hanya tertumpu kepada khidmat bersalin dan wanita sahaja. Sejajar dengan pembangunan arus semasa, permintaan kepada khidmat perubatan dan kesihatan semakin meningkat. Sehubungan dengan itu, An-Nisa’ dibawah pengurusan AMRSB telah meningkatkan lagi perkhidmatan bukan sahaja untuk wanita malah untuk seisi keluarga. Sehingga kini, An-Nisa’ telah menyediakan perkhidmatan Bersalin, pembedahan kecil, pembedahan am, fototerapi disamping klinik pesakit luar dan doktor pakar yang beroperasi 7 hari seminggu.

         Memaksimumkan kepuasan pelanggan adalah satu kemestian bagi kami agar semua pihak sentiasa berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberi. Kaunter Khidmat Pelanggan diadakan bagi menjawab segala persoalan yang timbul selain membantu pesakit untuk memdapatkan informasi-informasi mengenai An-Nisa’.

        Kini An-Nisa’ telah dikenali oleh setiap golongan masyarakat terutama di sekitar Kelantan sebagai pusat perubatan yang menawarkan kepakaran kesihatan seluruh keluarga. Diharapkan di bawah pengurusan AMRSB, An-Nisa’ dapat memperluaskan lagi perkhidmatannya  di masa-masa yang akan datang.

 

Piagam Pelanggan

Kami sentiasa memandang ke hadapan untuk memastikan khidmat yang diberi sentiasa memuaskan hati semua pihak. Matlamat untuk menjadi sebuah klinik yang terkenal dan tersohor merupakan …

VIEW MORE DETAIL

Carta Organisasi

Kini, Klinik An-Nisa’ telah dikenali oleh semua golongan masyarakat sebagai sebuah klinik perubatan yang menawarkan kepakaran dalam pelbagai bidang dan …

VIEW MORE DETAIL

Sejarah an-nisa’

Pusat Perubatan An-Nisa’ bertempat di Jalan Sultan Ibrahim, 15050 Kota Bharu Kelantan Darul Naim merupakan sebuah …

VIEW MORE DETAIL

Visi & Misi

MOTO

VISI

MISI 

Menyumbang terhadap penjaga dan rawatan kesihatan berkonsepkan “Hospital …

VIEW MORE DETAIL