Kini, Klinik An-Nisa’ telah dikenali oleh semua golongan masyarakat sebagai sebuah klinik perubatan yang menawarkan kepakaran dalam pelbagai bidang dan mengutamakan konsep mesra pelanggan. Bagi matlamat pandang kehadapan, kami merancang membuka banyak lagi klinik-klinik usahasama disetiap daerah untuk kemudahan panel-panel kami mendapatkan perkhidmatan rawatan. Kami juga ingin memperluaskan skop perkhidmatan melalui pakej-pakej istimewa yang dapat memuaskan hati pelanggan kami dimasa hadapan.