Sejarah an-nisa’

Pusat Perubatan An-Nisa’ bertempat di Jalan Sultan Ibrahim, 15050 Kota Bharu Kelantan Darul Naim merupakan sebuah unit bisnes Permodalan Kelantan Berhad yang ditubuhkan pada 1 Januari 1995 khusus untuk rawatan bersalin.

Bagaimanapun sejajar dengan pengalaman dan kepakaran yang ada, An-Nisa’ kini menawarkan Klinik Pakar Perbidanan dan Sakitpuan, Klinik Pakar Pembedahan, Klinik Pakar Kanak-Kanak, Klinik Pakar Perubatan, Klinik Pakar Telinga, Hidung dan Tekak serta Klinik Pesakit Luar yang dibuka setiap hari menjadikan An-Nisa’ sebuah pusat perubatan sesuai untuk sekeluarga.

Pada masa ini An-Nisa’ mempunyai kakitangan seramai 55 orang termasuk doktor pakar dan doktor perubatan, kakitangan kejururawatan dan sokongan serta kakitangan pengurusan dan pentadbiran.

Kini, An-Nisa’ telah dikenali umum sebagai sebuah pusat perubatan yang menawarkan kepakaran dalam pelbagai bidang dan mengamalkan konsep mesra pelanggan