LATAR BELAKANG

Pusat Perubatan An-Nisa’ (PPAN) yang telah diperbadankan pada 28hb Mei 1995 terletak di Jalan Sultan Ibrahim, 15050 Kota Bharu, Kelantan merupakan anak syarikat kepada Kumpulan Permodalan Kelantan Berhad (PKB) dan Kumpulan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK).

Lokasinya di dalam bandar memudahkan akses kepada pelbagai jaringan perkhidmatan yang diperlukan termasuk kemudahan bank, hotel, pusat membeli belah dan jabatan kerajaan

PPAN yang dahulunya terkenal sebagai sebuah hospital untuk perkhidmatan bersalin sahaja, kini telah berkembang sejajar dengan perkembangan sektor oerubatan melalui beberapa klinik pakar yang menjadi pilihan pelanggan termasuk Klinik Obstetrik & Ginekologi, Pediatrik dan Pembedahan Am.

Kumpulan perubatan dan tenaga kerja terlatih yang kebanyakkannya terdiri daripada golongan wanita serta ustazah sebagai pemberi semangat yang sentiasa menemani di bilik bersalin.