Jawatan Kosong

Pusat Perubatan An-Nisa’ mengalukan mana-mana calon yang dinamik dan berdaya maju untuk menghantar resume bagi jawatan-jawatan berikut:-
 

JURURAWAT TERLATIH (HEMODIALISIS)

Jawatan ini akan ditempatkan di mana-mana cawangan Pusat Hemodialisis As-Salam (terbuka kepada lelaki/perempuan)

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) Mempunyai Sijil Post Basic (Renal);

(d) Berpengalaman dalam bidang Hemodialisis sekurang-kurangnya 1 tahun;

(e) Diploma Kejururawatan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan

(f) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

(g) Tidak merokok

(h) Cukup solat 5 waktu

(i) Boleh membaca Al-Qur’an dengan baik dan lancar

(j) Boleh menjadi Imam (bagi calon lelaki)

 

CARA-CARA MEMBUAT PERMOHONAN

a. Pemohon hendaklah menghantar terus resume, salinan kad pengenalan, gambar pasport dan sijil yang telah disahkan ke:

BAHAGIAN SUMBER MANUSIA

Pusat Perubatan An-Nisa’

Jalan Sultan Ibrahim

15050 Kota Bharu

Kelantan

 

b. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

Tarikh tutup permohonan adalah pada: 28 Mei 2014

 

atau email kepada kerjaya@annisa.com.my 

Komen Anda

Jadi orang pertama yang komen!

Notis kepada
avatar
wpDiscuz