loading
SOALAN LAZIM
Info Kesihatan

Adakah vaksin memberi perlindungan 100% terhadap penyakit cegahan vaksin?

Keberkesanan vaksin tidaklah 100%. Tindakbalas tubuh seseorang terhadap vaksin adalah berbeza-beza, dan terdapat kemungkinan sesetengah orang tidak menghasilkan tindakbalas imun yang mencukupi terhadap vaksin yang diambil.

Hasilnya, individu seperti ini tidak dilindungi dengan berkesan. Terdapat vaksin yang memerlukan dos tambahan (booster) untuk membantu menguatkan imuniti terhadap penyakit tertentu. Perlindungan yang diperolehi dari vaksin adalah lebih baik dari tiada perlindungan langsung.

Mengapa kanak-kanak diberi imunisasi semasa masih bayi?

Kanak-kanak mudah dijangkiti penyakit cegahan vaksin kerana sistem daya lawan jangkitan (imun) mereka yang lebih lemah berbanding orang dewasa. Pemberian vaksin membantu menguatkan sistem imun mereka dengan merangsangan sel pertahanan, seterusnya melindungi mereka daripada kemungkinan berlaku komplikasi yang mengancam nyawa. Maka, adalah sangat disyorkan agar kanak-kanak diberi imunisasi seawal mungkin mengikut jadual imunisasi yang telah ditetapkan.

Anak saya sihat dan kuat. Mengapa dia perlu diberi imunisasi?

Tidak dapat dipastikan anak yang sihat akan sentiasa bebas dari dijangkiti penyakit cegahan vaksin. Penyakit boleh menjangkiti seseorang tanpa disangka. Sekiranya kanak-kanak telah diberi imunisasi, mereka akan terlindung dari penyakit cegahan vaksin dan sekiranya dijangkiti, kesan dan komplikasi akibat jangkitan tersebut tidak membahayakan.

Apa itu Vaksin Pneumococcal ?

Tahukah anda tentang kepentingan vaksin ini?Adakah anak anda wajib mengambilnya?

        Vaksin ini merupakan sejenis imunisasi yang diberikan pada kanak-kanak sebagai langkah awal untuk mencegah bakteria pneumococcal yang mudah menyerang kanak- kanak dan warga tua

.       Bakteria pneumococcal boleh tersebar melalui udara dan menyebabkan batuk dan selsema. Ia juga sangat mudah untuk dijangkiti melalui sentuhan lebih-lebih lagi kanak-kanak.

Penyakit yang boleh dihadapi sekiranya anak terkena jangkitan bakteria ini adalah:

Radang paru-paru
Meningitis
Sinustisis (jangkitan pada hidung)
 Sepsis (jangkitan dalam darah)
Otitis media (jangkitan tengah telinga)

Segera berjumpa dengan doktor.Mencegah lebih baik dari merawat. Vaksinkan anak anda sekarang..

Bagaimana Penjagaan Anak Ketika Demam ?

Disini sedikit perkongsian tips penjagaan anak ketika demam :

1. Sentiasa lapkan badan anak anda dengan tuala basah

2.Pakaikan stokin sekiranya kaki anak anda sejuk

3. Basahkan kepala anak dengan bancuhan air asam jawa/lemon/limau nipis

4. Seeloknya jangan pakaikan apa-apa pakaian

Masalah Kesihatan Bayi Baru Lahir

10 MASALAH KESIHATAN BAYI BARU LAHIR

Saat kelahiran bayi yang sedang dikandung oleh setiap ibu amatlah dinanti-nantikan. Dalam kita bergembira menyambut kelahiran, terkadang ada dukanya dimana anak yang baru lahir mengalami masalah kesihatan. Disni kami kongsikan beberapa masalah dan cara mengatasinya. Bagi ibubapa baru ataupun yang sudah mempunyai anak yang ramai, sangatlah penting bagi mengetahui serba sedikit tentang masalah kesihatan yang biasa terjadi kepada bayi yang baru lahir. Bukan sekadar mengambil tahu tentang penyakit itu, anda juga perlu faham apa yang patut dilakukan agar bayi lekas sihat.

1. KOTORAN PADA MATA
Kotoran yang biasa berlaku pada mata bayi ialah di hujung mata bayi mengeluarkan selaput putih kekuningan. Kotoran itu biasanya disebut tahi mata dan ini menyebabkan bayi tidak selesa kerana sukar untuk membuka mata. Jika berlaku seperti ini, kerap bersihkan matanya dengan kapas yang dibasahi air suam. Pada usia bayi seawall ini, jangan gunakan ubat titis mata untuk merawatnya.

2. RUAM PADA KULIT
Ruam pada kulit bayi biasa berlaku. Hal ini disebabkan kulit bayi masih sensitive. Ruam ini berlaku diakibatkan oleh suhu yang terlalu panas. Jika bayi mengalami ruam,jangan gunakan bedak bayi yang biasa disapu ke kulitnya setiap kali selepas mandi. Hindari juga pakaian yang tebal dan sentiasa pastikan pengudaraan disekitarnya nyaman.

3. SESAK NAFAS
Sesak nafas sehingga muka bayi boleh bertukar kebiru-biruan boleh berlaku disebabkan oleh pelbagai factor. Antaranya seperti tersedak, jangkitan, pembesaran kelenjar thymfus dan kelainan pada trakea. Namun, penyebab yang paling lazim adalah kemasukan udara melalui mulut semasa bayi sedang menyusu. Jika penyebab terakhir yang membuatkan bayi sesak nafas, anda perlu kerap sendawakan bayi selepas menyusu.

4. MUNTAH
Muntah kerana bayi terlalu kenyang, tersedak atau ada lender didalam perutnya. Cara mengatasi masalah ini ialah dengan mendukungnya menghadap ke belakan. Pastikan kedudukan dada bayi anda selari dengan bahu anda. Setelah itu tepuk punggungnya dengan lembut. Namun jika ia muntah berterusan dan berlebihan, segera bawa ke Doktor kerana mungkin ia petanda awal alahan pada sesuatu.

5. DEMAM
Demam pada bayi jangan dibuat biasa. Jika suhu tubuh bayi masih dibawah 37° C, memberikannya susu sudah memadai. Namun jika demam sudah mencapai 38°C, lap tubuhnya dan bahagian kepala dengan tuala yang dibasahi air. Jangan selimutkan atau sarungkan pakaian berlapis Ketika dia demam. Sebaliknya, berikan pakaian yang nipis dan lembu. Jika tangan dan kaki bayi terasa sejuk, pakaikan stokin.

6. JANGKITAN TALI PUSAT
Selepas tali pusat dipotong, luka bekas potongan itu perlu dijaga dengan baik sehingga kering. Namun, ada bayi yang mengalami jangkitan pada tali pusatnya. Tanda jangkitan yang paling biasa adalah ruam, bengkak dan kadang-kadang cecair jernih melekit mahupun nanah. Jika ia berlaku pada bayi,segera dapatkan pemeriksaan Doktor. Dalam masa yang sama, pastikan kebersihan tangan anda sebelum merawat tali pusatnya.

7. CIRIT-BIRIT
Masalah yang sering dialami bayi baru lahir adalah cirit-birit. Penyebabnya mungkin terjadi kerana alahan kepada susu formula. Sebaik-baiknya berikan susu ibu. Susukannya dengan kerap. Jika masalah masih berlarutan dan disertai dengan kurang selera menyusu, muntah dan demam, segera ke klinik atau hospital berdekatan.

8. SEMBELIT
Selain daripada cirit-birit, bayu juga mungkin boleh mengalami sembelit. Hal ini diakibatkan oleh pemberian susu formula atau pemberian makanan pejal. Jika bayi sudah melebihi umur 6 bula, pemberian buah-buahan seperti pisang atau pir akan membantu. Namun, jika bayi belum memasuki usia makan, hentikan pemberian susu formula sementara atau ganti produk susu yang lain.

9. KEJANG
Kejang merupakan gangguan pada bayi yang harus diambil perhatian. Tanda-tandanya ialah mulut tertutup, Gerakan tidak terkawal dan bola mata berputar-putar. Pertolongan pertama yang harus dilakukan adalah dengan membersihkan lender di sekitar mulut dan hidung bayi. Jika suhu badan bayi panas, lap kain basah di bahagian lipatan paha, bawah lengan dan dahi. Jika disertai muntah, miringkan bayi agar muntah yang ada tidak ditelan semula. Segera ke klinik untuk pemeriksaan Doktor untuk menghindari gangguan pada otak.

10. JAUNDIS
Kulit bayi berwarna kuning adalah hal yang berlaku disekitar umurnya tiga hingga lima hari. Hal ini disebabkan organ hatinya belum matang untuk memecahkan billirubin sehingga menyebabkan mata dan kulitnya kelihatan kuning. Untuk mengatasi masalah ini, kerap bagi susu ibu pada bayi. Pada masa yang sama bawa dia berjumpa dengan Doktor segera untuk pemeriksaan darah bagi mengetahui dengan jelas tahap bilirubin di dalam tubuhnya.

Di pusat perubatan annisa, kami menyediakan Pakar kanak-kanak sebagai rujukan dan pemeriksaan kuning bayi menggunakan scan sahaja bagi tidak menyakitkan bayi.

Apa itu Jaundis dan Puncanya?

Adakah saya perlu risau tentang jaundis bagi bayi saya yang baru lahir?

Kira-kira tiga suku daripada semua bayi yang normal dan sihat akan mendapat kulit yang berwarna kuning dalam beberapa hari pertama selepas kelahiran. Jika bayi anda mendapati jaundis, anda tidak perlu risau, tetapi adalah baik bagi anda memberitahu ahli pediatrik anda, terutamanya jika abdomen atau kaki bayi anda kelihatan kuning. Jika bayi anda berkulit gelap, mata putihnya atau tapak tangan atau kakinya akan berwarna kuning. Jika bayi anda lahirkan selepas melalui terma penuh, selalunya warna kulit dan matanya hanya akan kembali normal seminggu selepas kelahiran. Ini akan mengambil masa yang lebih lama jika bayi anda dilahirkan sebelum mencapai terma penuh.

Apakah punca Jaundis?

Jaundis terjadi pada bayi yang sihat apabila darahnya mengandungi bilirubin yang berlebihan – bilirubin ialah satu bahan kimia yang dihasilkan semasa penguraian normal sel darah merah. Bayi yang baru lahir cenderung mempunyai tahap bilirubin yang lebih tinggi sebab mereka mempunyai sel darah merah tambahan yang mengangkut oksigen dan didapati kadang kala ginjal mereka yang masih baru tidak boleh memetabolismekan bilirubin yang berlebihan itu. Apabila tahap bilirubin meningkat lebih daripada normal, kekuningan jaundis akan bergerak dari kepala ke bawah, ke tengkuk, dada dan dalam kes teruk, ia akan sampai ke jari-jari kaki. Jaundis seperti ini yang dikenali sebagai jaundis fisiologi, selalunya tidak menyebabkan kerosakan pada bayi yang sihat (berbeza daripada jenis yang lebih serius dan luarbiasa yang disebabkan oleh penyakit ginjal atau penyakit resus).

Dalam keadaan yang sangat jarang berlaku, bayi baru lahir yang menghidapi jaundis akan mengalami kerosakan sistem saraf – tetapi ini berlaku hanya apabila tahap bilirubin berada di tahap yang terlalu tinggi.

Jika perkara ini terjadi pada bayi anda..jangan risau, anda bolehlah merujuk bayi anda kepada doktor pakar kanak-kanak : Setiap Sabtu (8.30am – 12.30am)/ Hari lain(temujanji).

Apakah Rawatan Untuk Jaundis?

• Dirawat dengan terapi lampu khas biru (fototerapi) yang terbukti berkesan menurunkan kandungan bilirubin darah.

• Bayi tidak boleh diletakkan di bawah sinaran matahari kerana cara ini tidak selamat dan boleh membahayakan kesihatan bayi.

• Cahaya matahari tidak sesuai untuk bayi dan boleh menyebabkan komplikasi seperti selaran matahari dan dehidrasi.

• Penyusuan ibu mencukupi antara lapan hingga 12 kali mengurangkan kandungan bilirubin dalam darah bayi dan memastikan bayi sihat dan cukup zat makanan.

• Jaundis mudah dirawat, tetapi jika tahap jaundis tinggi boleh membawa komplikasi buruk seperti gangguan otak, masalah pembelajaran dan membahayakan nyawa bayi itu sendiri.

• Ibu yang mempunyai masalah penyusuan boleh mendapat bantuan nasihat doktor dan kumpulan sokongan penyusuan ibu.

Kami di Pusat Perubatan An-nisa’ menyediakan pekhimatan Fototerapi bagi bayi kuning sama ada nak admit disini atau perkhidmatan fototerapi di rumah.

Bagaimanakah Cara Ajar Bayi Merangkak?

5 Tips Ajar Bayi Merangkak :

1. Kerap letak bayi dalam keadaan meniarap atau tummy time
2. Sediakan alas seperti playmat untuk bayi merangkak
3.Letak permainan di depan bayi
4.Merangkak bersama-sama bayi untuk memberikan rasa keseronokan
5.Jangan terburu-buru atau memaksa bayi

Mommy sila take note ya, Baby mula merangkak sekitar usia 6 ke 10 bulan dan cara merangkak yang berbeza. Jika nak tahu lebih detail perkembangan bayi anda, bawalah berjumpa dengan pakar.Tempah temujanji sekarang.

Kehamilan Lewat Usia

Risiko Kepada Ibu

– Masalah kencing manis semasa kehamilan
– Tekanan darah tinggi
-Kelahiran pramatang
-Bayi kembar
-Uri rendah
– Risiko kelahiran secara pembedahan

Risiko Kepada Bayi

-Pertumbuhan terbantut
-Bayi abnormal seperti down syndrome
-Keguguran
-Kandungan kembar
-Bayi dilahirkan pramatang

Pastikan anda melakukan pemeriksaan pra kehamilan,makan makanan yang seimbang dan jaga berat badan.

Punca,Tanda-tanda dan Kesan Rahim Jatuh

Apakah punca rahim jatuh?

Rahim jatuh disebabkan oleh beberapa faktor yang berkaitan dengan kesihatan dalaman dan keadaan sekeliling. Bagi wanita dalam usia produktif dan belum menopaus,ia boleh disebabkan oleh pelbagai punca . Antaranya :

1. Proses kelahiran yang rumit yang melibatkan penggunaan alat bantu seperti forceps dan vakum.
2. Ibu yang melahirkan bayi yang besar (berat melebihi 3.5kg ke atas) atau kelahiran kembar.
3. Meneran lebih awal semasa proses kelahiran iaitu sebelum bukaan mencapai 10 cm.
4. Wanita yang mempunyai anak ramai.
5. Ibu yang mengalami obesiti.
6. Mengalami ketumbuhan seperti fibroid atau cyst yang bersaiz besar sehingga menekan kearah pelvis.
7. Ibu yang mengalami batuk yang berpanjangan.
8. Ibu yang merokok atau terdedah kepada asap rokok.
9. Mengalami masalah pernafasan seperti jangkitan pada paru-paru dan tibi yang menyebabkan batuk berpanjangan.
10. Sembelit yang berpanjangan.
11. Kerap mengangkat objek yang berat walaupun dalam keadaan postur yang betul.

Tanda – tanda rahim jatuh

Para ibu-ibu harus peka akan tanda-tanda ini. Kedudukan rahim yang semakin menurun akan ditandai dengan pelbagai symptom.

1. Rasa tidak selesa pada bahagian pelvis atau bawah abdomen.
2. Kencing tidak lawas.
3. Mudah terkencing masa batuk atau bersin.
4. Sakit belakang atau pinggang.
5. Rasa panas dan seolah-olah ada sesuatu yang akan keluar daripada vagina apabila mencangkung.
6. Mengalami keputihan yang banyak.
7. Pendarahan yang disebabkan oleh ulser pada rahim.

Kesan rahim jatuh

Kedudukan rahim yang rendah daripada kedudukan asal akan mengakibatka pelbagai masalah . Antaranya ialah jangkitan kuman pada rahim yang boleh menyebabkan pendarahan dan ulser.

Selain itu, kesakitan juga boleh dirasakan semasa hubungan intim. Otot kawalan kencing dan dubur juga lemah yang menyebabkan najis dan air kencing terkeluar tanpa disedari.

Bagi kes rahim jatuh pada tahap keempat, pembedahan buang rahim atau histerektomi akan dilakukan untuk mengelakkan kesakitan dan pendarahan serius. Hal ini secara tidak lansung menyebabkan ketidakupayaan untuk hamil lagi pada masa akan datang.

Apa itu Prenatal Care?

Prenatal care ialah apabila anda disahkan hamil,anda terus melakukan pemeriksaan daripada doktor dan pemeriksaan tersebut dilakukan mengikut jadual yang ditetapkan doktor/jururawat anda sepanjang tempoh kehamilan. Ia bagi memastikan kesihatan anda dan bayi sentiasa baik sepanjang 9 bulan.

Apakah itu penjagaan pranatal?

• Ia adalah pemeriksaan kesihatan yang berkala apabila anda disahkan mengandung.
• Tujuan lawatan adalah untuk memantau kesihatan ibu dan kandungan.
• Kedua-dua keperluan perubatan dan psikologi anda akan ditangani.
• Perkhidmatan ini dikendalikan oleh petugas yang terlatih.

Di pusat perubatan an-nisa’, kami menyediakan Pakar Sakit Puan dan Perbidanan sebagai rujukan dan akn memantau kandungan anda sehingga kelahiran.

Apa itu Pap Smear?

UJIAN PAP SMEAR USAHA UTK MENANGANI KANSER SERVIKS

Golongan wanita diminta sentiasa membuat ujian pap smear sebagai usaha untuk menangani kanser servik.Ujian ini penting bagi memastikan golongan wanita mengetahui keadaan kesihatan masing-masing. Biasanya golongan Wanita masih beranggapan ujian seumpama ini hanya untuk individu yang sakit sahaja namun HAKIKATNYA pemeriksaan itu adalah langkah awal untuk mencegah kanser.

Syukur jika kita disahkan sihat selepas menjalani ujian tapi sekiranya dikesan mempunyai tanda awal atau wujudnya kanser, wanita harus membuat rawatan susulan.Dengan mengenalpasti sel-sel kanser serviks pada peringkat awal melalui Pap smear, rawatan boleh dimulakan dengan segera sebelum ia merebak dengan lebih lanjut dan mendatangkan lebih kemudaratan.

Lakukan pemeriksaan Pap smear sekali setahun atau setiap tiga tahun, bergantung kepada saranan doktor anda. Ini boleh membantu anda mengelakkan penyakit berkaitan HPV.Pemeriksaan Pap smear secara berkala merupakan pilihan yang baik untuk perlindungan anda.

Disini anda juga boleh melakukan ujian kesihatan secara menyeluruh bagi mengesan penyakit. Bagi Wanita dan lelaki yang berumur 30 tahun dan keatas amat-amat digalakkan untuk melakukan ujian kesihatan.

Apa itu Kontraksi Palsu (Braxton Hicks)?

Braxton Hicks sering juga dikenali sebagai “kontraksi palsu” yang biasa di alami oleh ibu ketika trimester ketiga. Ianya memang biasa terjadi pada ibu hamil ianya kerana rahim tengah berlatih untuk bersalin.

Pada peringkat awal kelahiran, serviks mula memendek dan menjadi lebih lembut sebagai persediaan untuk mengembang bagi menyenangkan perjalanan bayi. Jadi mungkin kontraksi Braxton Hicks adalah cara serviks dilatih bagi peringkat ini.

Jadi lebih baik ibu belajar mengenali kontraksi palsu supaya ibu tidak tertipu dan ke hospital kerana braxton hicks.Sebetulnya, kontraksi rahim terjadi sepanjang usia kehamilan. Ianya berlaku sejak usia kehamilan 7 minggu. Mungkin di sebabkan ukuran rahim belum membesar, ibu tidak terlalu merasa kontraksi itu berlaku. Kontraksi palsu biasa akan dialami ibu hamil pada trimester ke-3, atau paling cepat pada trimester ke-2 di usia kehamilan 16 minggu.

Ada beberapa tanda kontraksi palsu yang biasa ibu akan rasakan seperti:
• Otot rahim mengencangkan, ibu boleh meletakkan tangan di perut dan terasa otot perut ketat.
• Tempoh pengecutan palsu adalah sekitar 30 saat, tetapi tidak melebihi dua kali sejam.
• Kontraksi palsu boleh berlaku beberapa kali sehari
• Kekerapan dan corak kontraksi rawak, tetapi tidak semakin buruk, tidak juga lebih kerap
• Bila ibu mengubah kedudukan atau perubahan aktiviti, kontraksi cenderung untuk berhenti.
• Tiada ketuban darah.
• Air ketuban tidak pecah.

Biasanya kontraksi palsu tidak membuatkan ibu merasa sakit, namun ianya membuatkan ibu tidak rasa selesa. Jom lakukan beberapa cara untuk melegakan kontraksi palsu. Antara tips yang ibu boleh lakukan ialah:

• Tukar posisi badan. Cuba ibu menukar kedudukan badan. Apabila pengecutan dirasakan semasa perjalanan, berehat. Lakukan teknik relaks yang mudah seperti bernafas secara perlahan dan mendalam untuk memberikan keselesaan.
• Minum segelas air atau teh dapat menenangkan dan membantu ibu mengurangkan rasa tidak selesa.
• Mandi air panas. Jika tidak dapat berendam dalam air panas cukup sekadar alirkan air dibadan. Namun pastikan suhu tidak terlalu panas sehingga memudaratkan ibu.
•Sekiranya ibu bimbang dengan tanda-tanda bersalin walalupun ia mungkin kontraksi palsu, Segera berjumpa dengan doktor anda. Langkah ini amat diperlukan bagi ibu menangani situasi yang ibu hadapi.

Pastikan tiada tanda-tanda yang berat berlaku seperti pendarahan yang banyak, air ketuban pecah dan sebagainya. Sentiasa pantau keadaan bayi ibu supaya ibu boleh bersalin dengan selamat.

Ibu-ibu jangan risau, di sini kami menyediakan pakar sakit puan sebagai rujukan. Hubungi kami untuk keterangan lanjut.

Adakah Semua Ketumbuhan Di Payudara Itu Kanser?

Ada banyak sebab atau punca benjolan atau ketumbuhan di payudara. Antaranya adalah :

👉Kanser payudara : benjolan selalunya tidak disertai dengan kesakitan di payudara. Sesetengah pesakit mempunyai perubahan pada kulit seperti kemerahan (erythematous), kulit tegang, atau tertarik kelihatan seperti lesung pipit (dimpling). Benjolan keras yang kekal atau membesar tidak berkaitan dengan putaran haid atau dikalangan wanita menopause.

👉Fibroadenosis : Ini adalah satu ketumbuhan bukan kanser (benign). Benjolan selalunya berbiji-biji, kadangkala beserta dengan sakit dan saiz akan berubah-ubah mengikut kitaran haid.

👉Galactocele (bengkak susu) : Benjolan yang terjadi di kalangan ibu-ibu yang sedang menyusukan anak.

👉Breast cyst : benjolan yang lembut. Boleh diketemui di kalangan semua umur pesakit.

👉Fibroadenoma : ketumbuhan yang sering berlaku dikalangan wanita berusia kurang dari 30 tahun. Biasanya tidak mendatangkan kesakitan dan pesakit akan merasa seperti biji guli di payudara.

Wanita di nasihatkan untuk memeriksa payudara sendiri sesudah sahaja habis kitaran haid pada setiap bulan. Dengan cara ini, sebarang kejanggalan pada payudara dapat dikenalpasti.

Apa Itu Breast Lump?

Apa itu “Breast Lump”

“Breast Lump” ialah benjolan atau ketulan yang muncul di sekitar payudara. Ia merupakan gejala atau tanda untuk pelbagai jenis keadaan. lebih kurang 10% daripada ketulan ini akhirnya membawa kepada masalah yang lebih besar, iaitu kanser payudara. Oleh itu, amatlah penting untuk wanita-wanita yang di diagnosis dengan “Breast Lump” untuk membuat pemeriksaan lanjut.

Jenis-jenis “Breast Lump”

1. Cyst dan ketulan bernanah
“Breast Cyst” ialah kantung berisi cecair di dalam payudara dan bukan sejenis kanser. Umumnya kita akan berasa licin dan bergetah di kawasan yang ada muncul cyst. ia samada akan menyebabkan rasa sakit atau tidak sakit sama sekali. Cyst adalah disebabkan oleh hormon yang menjaga kitaran haid dan ia jarang berlaku pada wanita yang berumur 50 tahun dan ke atas.

2. “Sebaceous Cyst”
ialah kantung tertutup atau cyst dibawah kulit yang disebabkan oleh saluran saluran di tapak folikel rambut. ia juga bukan sejenis kanser. Ransangan hormon atau kecederaan boleh menyebabkan mereka membesar, tetapi jika tiada gejala hadir, rawatan perubatan tidak diperlukan.

3. “Abscesses”
Kantung yang berisi jangkitan dan nanah di dalam payudara. ia juga bukan sejenis kanser. Ia boleh jadi sangat menyakitkan dan menyebabkan kulit di payudara menjadi merah dan berasa panas. adakalanya menyebabkan payudara berasa seperti pepejal. “Abscesses” adalah yang paling biasa berlaku di kalangan wanita yang menyusukan bayi.

Kelahiran Pramatang

KELAHIRAN PRAMATANG, RAMAI IBU YANG TERLEPAS PANDANG

Kelahiran pramatang berlaku apabila tubuh anda mula bersedia untuk melahirkan bayi tiga minggu lebih awal daripada tarikh jangkaan bersalin anda. Kehamilan cukup bulan sepatutnya berlangsung sehingga 40 minggu usia kehamilan.

Apakah yang meningkatkan risiko kelahiran pramatang?

Risiko kelahiran tidak cukup bulan berbeza bergantung kepada keadaan. Terdapat pelbagai faktor yang boleh meningkatkan risiko anda untuk bersalin pramatang, seperti:
• Merokok
• Berat badan berlebihan atau kurang berat badan sebelum hamil
• Penjagaan pranatal yang tidak baik
• Mengambil alkohol semasa hamil
• Mengalami keadaan kesihatan, seperti tekanan darah tinggi, preeklampsia, diabetes, gangguan pembekuan darah, atau jangkitan
• Mengandungkan bayi yang mempunyai kecacatan kelahiran tertentu
• Hamil dari hasil persenyawaan in vitro (IVF)
• Mengandung kembar dua atau lebih
• Mempunyai sejarah keluarga yang bersalin pramatang
• Mengandung terlalu awal selepas kelahiran terdahulu.

Simptom

Semasa kehamilan, anda perlu mengesan simptom berikut secepat mungkin:

• Sakit belakang, selalunya pada bahagian bawah belakang (pinggang). Ini mungkin berlaku sekejap-sekejap atau berterusan, tetapi ia tidak akan lega sehingga anda menukar posisi atau melakukan sesuatu yang menyelesakan anda.
• Kontraksi setiap 10 minit atau lebih kerap.
• Kejang pada bawah abdomen atau seperti sakit senggugut. Ini boleh rasa seperti sakit angin yang boleh diikuti dengan cirit-birit.
• Keluar cecair dari faraj.
• Simptom seperti flu, contohnya loya, muntah, atau cirit-birit. Hubungi doktor anda walaupun jika anda mengalami kes ringan. Jika simptom berlanjutan selama lebih 8 jam, anda mesti berjumpa dengan doktor.
• Tekanan dalam pelvis atau faraj meningkat.
• Pengeluaran lendir faraj meningkat.
• Pendarahan faraj, termasuklah pendarahan ringan.

Bila anda perlu jumpa doktor?

Jika anda mengalami sebarang tanda atau simptom kelahiran pramatang, anda disarankan untuk menghubungi doktor anda dengan segera.

Komplikasi

Jika kelahiran pramatang tidak boleh dihentikan, bayi anda akan lahir tidak cukup bulan. Ini boleh menimbulkan banyak masalah kesihatan, seperti bayi lahir dengan berat badan yang rendah, mengalami kesukaran pernafasan, organ tidak terbentuk sempurna dan masalah penglihatan. Kanak-kanak yang lahir pramatang juga mempunyai risiko lebih tinggi dalam ketidakupayaan pembelajaran dan masalah tingkahlaku.

PENCEGAHAN

Cuba tip berikut untuk membantu merendahkan peluang kelahiran pramatang:

• Tepati jadual pemeriksaan penjagaan pranatal. Ini boleh membantu doktor untuk memantau kesihatan anda dan bayi dengan kerap.
• Ikuti diet sihat. Semasa hamil, anda memerlukan lebih asid folik, kalsium, zat besi dan nutrien penting lain.
• Elakkan bahan berisiko. Jika anda merokok, anda perlu berhenti dengan segera kerana merokok boleh menjadi pencetus kelahiran pramatang.
• Pertimbangkan untuk menjarakkan kehamilan. Kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan antara jarak kehamilan yang kurang daripada enam bulan dengan peningkatan risiko lahir pramatang.

Apa Itu Bengkak Susu?

Sakitnya apabila mengalami bengkak susu. Bengkak susu adalah apabila payudara mengeras, tetapi susu tak mahu keluar atau keluar sedikit saja.

Antara punca-punca berlakunya bengkak susu :

1. Tekanan yang tinggi didalam payudara
2. Bayi tidak menghisap dengan betul dan juga beberapa sebab lain.
3. Saluran susu yang tersumbat
4. Bayi kurang menyusu.
5. Ibu berhenti menyusu secara tiba-tiba

Tips redakan bengkak susu:

1. Tuam sejuk utk redakan rasa sakit dulu
2. Tuam panas untuk lancarkan aliran
3. Marmet sekadar untuk melegakan sakit bengkak (jangan marmet sampai breast betul-betul ringan)
4. Berurut

Di Pusat Perubatan An-Nisa’, kami menyediakan confinement lady untuk urutan lancar susu dan urutan bagi ibu selepas bersalin dan juga wanita yang tidak bersalin.

Apakah Tanda - Tanda Air Ketuban Pecah / Bocor ?

Tahukah anda tanda – tanda air ketuban pecah / bocor ?

1. Seluar dalam basah.
Nampak seperti kita terkencing, tetapi bukan, dan ia tiada bau.

2. Air bewarna putih tanpa bau.
Air yg terdapat pada seluar dalam kita adalah berwarna putih tanpa bau. Tapi adakalanya air ketuban boleh menjadi merah sedikit sebab kehadiran darah. Ait ketuban dan keputihan jauh berbeza.

3. Terasa air mengalir keluar.
Apabila air ketuban bocor, kita akan terasa macam ada air mengalir keluar dari kemaluan. Dan bila check, memang seluar dalam dah basah.

4. Air yang banyak sehingga basah peha.
Biasanya apabila air ketuban bocor, air yang keluar adalah sangat banyak sehingga membasahkan peha. Tapi ada juga kes dimana air ketuban keluar sedikit sehingga kita tak perasan. Bila check kat hospital, rupanya air ketuban dah tinggal separuh.

5. Tiada rasa sakit.
Biasanya anda tak akan rasa sakit apabila air ketuban pecah. Tiba-tiba je seluar dalam basah.

Apakah Tanda - Tanda Nak Bersalin ?

1 . Bayi turun kebawah
2. Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendir
3. Sakit belakang
4. Pecah air ketuban

Jika ibu-ibu yang mengalami tanda-tanda seperti berikut, segeralah ke hospital.

Kenapa Tidak Boleh Beri Bayi Makan Dan Minum Selain Susu Sebelum Usia 6 Bulan?

Sebab Kenapa Tidak Boleh Beri Bayi Makan Dan Minum Selain Susu Sebelum Usia 6 Bulan

1. Usus bayi masih belum bersedia dan matang.
Jika diberi makan terlalu awal,terdapat risiko berlaku kecederaan pada usus.Usus boleh tersumbat,jika bayi tidak menghadam makanan itu dengan baik.

2.Boleh meningkatkan risiko alahan makanan dan jangkitan kuman pada bayi
Kerana sistem pertahanannya belum cukup kuat

3.Risiko kepada buah pinggang bayi
Buah pinggang mereka belum cukup matang untuk mengendalikan beban lebihan makanan pepejal.Tolong jauhi walaupun hanya sekadar jamah sahaja.

4.Bayi berisiko untuk tercekik dan tersedak jika makanan tersebut tidak diproses dengan baik
Kandungan gula dan lemak dalam makanan tersebut akan mengganggu zat-zat susu yang diminum bayi.

Sebaik-baik makanan dan minuman sebelum usia bayi 6 bulan,ialah susu ibu.Tiada istilah bayi akan lapar,tidak nyenyak tidur jika diberi makanan awal

Apa itu Lipoma / Riso?

KETULAN atau benjolan berbentuk bulat sama ada kecil atau besar yang tumbuh antara permukaan kulit dan lapisan otot boleh membuatkan seseorang itu rasa kurang selesa.

Lazimnya, lipoma atau “riso” tumbuh di beberapa bahagian badan seperti tangan, kaki, bahu dan belakang leher, malah ada di dalam organ badan. Walaupun tidak terasa sakit apabila ditekan, namun ada yang bimbang dan beranggapan ketulan itu terus membesar hingga boleh menyebabkan barah. Lipoma tidak dikategori sebagai tumor sebaliknya benjolan itu boleh berkembang dan membesar secara perlahan pada tubuh yang ada sel-sel lemak.

Di Pusat Perubatan An-Nisa’, kami menyediakan pakar pembedahan bagi menyelesaikan masalah ini.

Apa itu Arteriovenous Fistula (AV Fistula)?

AV fistula adalah suatu akses untuk cuci darah (hemodialis). Akses ini dibuat di pergelangan tangan dengan cara menghubungkan arteri dengan vena permukaan kulit.

Kami sedia membantu mereka yang memerlukan pembedahan membuat AV Fistula yang mana mereka perlu menjalani rawatan hemodialisis dengan segera. di Pusat Perubatan An-Nisa’, anda tidak perlu menunggu lama kerana anda sendiri boleh memilih tarikh yang sesuai. Jangan tunggu lama, sayangi keluarga anda.

OUR CLIENTS
Our Client Happy Say About Us
our blog
See Our Latest Blog