loading

Klinik Pakar Pembedahan Am

Pakar Pembedahan Am

Dr. Nik Mazian bin Nik Mohamad

Waktu Klinik

Setiap Ahad  : Temujanji 

Fistula arteriovena (arteriovenous fistula)

Merupakan satu laluan melalui penyambungan arteri dan vena oleh pakar bedah vaskular bertujuan sebagai akses vaskular untuk proses rawatan hemodialisis bagi individu yang mengalami kegagalan ginjal untuk meneruskan kehidupan.

Kami sedia membantu mereka yang memerlukan pembedahan membuat AV Fistula yang mana mereka perlu menjalani rawatan hemodialisis dengan segera. di Pusat Perubatan An-Nisa’, anda tidak perlu menunggu lama kerana anda sendiri boleh memilih tarikh yang sesuai. Jangan tunggu lama, sayangi keluarga anda.

Untuk keterangan lanjut atau temujanji boleh hubungi kami.

Lipoma / Riso

KETULAN atau benjolan berbentuk bulat sama ada kecil atau besar yang tumbuh antara permukaan kulit dan lapisan otot boleh membuatkan seseorang itu rasa kurang selesa.

Lazimnya, lipoma atau “riso” tumbuh di beberapa bahagian badan seperti tangan, kaki, bahu dan belakang leher, malah ada di dalam organ badan. Walaupun tidak terasa sakit apabila ditekan, namun ada yang bimbang dan beranggapan ketulan itu terus membesar hingga boleh menyebabkan barah. Lipoma tidak dikategori sebagai tumor sebaliknya benjolan itu boleh berkembang dan membesar secara perlahan pada tubuh yang ada sel-sel lemak.

Di Pusat Perubatan An-Nisa’, kami menyediakan pakar pembedahan bagi menyelesaikan masalah ini.