loading

Perkhidmatan yang ditawarkan

Pakar Obstetrik & Ginekologi (Sakit Puan)

Dr. Najihah binti Abdul Aziz

Waktu Klinik

Sabtu, Ahad, Selasa, Khamis : 10.00 pagi-1.00 petang 

  • Hari Sabtu – Khamis         :  9.00 pagi – 1.00 petang
  • Hari Jumaat                        :  9.00 pagi – 1.00 petang
  • Klinik Detail Scan              :  Temujanji

Penjagaan Pranatal

Apakah itu penjagaan pranatal?

• Ia adalah pemeriksaan kesihatan yang berkala apabila anda disahkan mengandung.
• Tujuan lawatan adalah untuk memantau kesihatan ibu dan kandungan.
• Kedua-dua keperluan perubatan dan psikologi anda akan ditangani.
• Perkhidmatan ini dikendalikan oleh petugas yang terlatih.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi kami .

Kami mengamalkan sistem temujanji iaitu Puan-Puan hendaklah menghubungi kami terlebih dahulu untuk booking slot temujanji anda bersama doktor pakar kami.

Apa Itu Pap Smear?

Apa itu PAP SMEAR?

Pap smear ialah ujian saringan kanser pangkal rahim (cervix) dimana ia boleh mengesan perubahan awal sel di pangkal rahim sebelum ia berubah menjadi sel kanser. Proses ini juga dipanggil sebagai ‘Cervical Cancer Screening’ dan ianya boleh dijalankan setiap 3 hingga 5 tahun.

Tahukah anda kebanyakan wanita yang mendapat barah pangkal rahim (cervical cancer) hampir 50% daripada mereka tidak pernah melakukan ujian Pap smear. Jangan pandangringan ya Puan-puan.

Siapa yang perlu lakukan ujian PAP SMEAR ni?

✅ Wanita yang berusia 25 tahun hingga 60 tahun
✅ Mereka yang pernah dan aktif dalam hubungan seksual

Kesihatan rahim adalah amanah dari Allah buat kaum wanita. Pastikan anda, ibu, kakak, adik, saudara perempuan dan rakan kita juga mengetahui tentang pentingnya ujian saringan Pap Smear ini.

Jom lakukan ujian PAP SMEAR anda disini bersama pakar kami.

Tips Penjagaan Ketika Hamil

1. MAKAN MAKANAN YANG SEIMBANG
👉 Kena pandai pilih makanan supaya cukup zat, memelihara dan mencantikkan kulit anak, dan mengurangkan risiko pelbagai penyakit.

2. SEDEKAHKAN AL FATIHAH PADA ANAK DALAM KANDUNGAN TIAP PAGI DAN MALAM
👉 Amalan yang terbaik membaca ayat suci Al-Quran bermula kandungan dia berumur beberapa bulan supaya anak tu terbiasa dengar bacaan Al-Quran dan pengaruh dia bila dia besar nanti. Setiap pagi Ibu kena berinteraksi dengan kandungannya tapi ada la kata-kata yang diucapkan sambil mengusap-gusap perut sebagai tanda sayang kepada bayi itu. Bukan peranan ibu sahaja ayah pun digalakan berbuat demikian.

3. JAGA PANTANG LARANG
👉 Berpantang makan yang berbisa dan tajam. Pantang larang yang sebenar tetapi pantang larang ini hanya sewaktu janin diperingkat permulaan. Tips yang terbaik boleh di ambil dari ibu kandung atau ibu mertua masing-masing. Pernah dengar tentang terkenan? Atau terkena kenan? Bermaksud kena jaga tingkahlaku terutamanya pada binatang. Kata orang tua-tua, kalau kita buat jahat contohnya menyepak kucing, pelepah katak, benda tu akan memberi kesan pada anak yang dikandung. Kalau kaki kucing tadi terkehel, kaki anak kita jugak jadi abnormal. Kebenaran ini masih tidak dapat dikenal pasti, tapi lebih baik dielakkan. Jangan aniaya binatang.

4. JAGA TINGKAH LAKU DAN JUGA AMALAN
👉 Pelihara ibadah disamping tambahkan amalan sunat, berzikir dan sebagainya. Mengingat Allah selalu dan taubat sentiasa dan menyucikan hati. Supaya hati anak suci. Insya Allah. Mengucapkan kata-kata yang baik selalu. Jangan selalu marah-marah, kena elakkan atau kurangkan kerana tingkah laku ibu akan mempengaruhi sikap anak yang lahir.

5. ELAKKAN TEKANAN
👉 Kehidupan yang tenang, harmoni dan bahagia membantu proses pembentukan dan meransang minda anak supaya sihat dan cerdas. Macam mana pulak dengan tekanan kerja.? Sepatutnya ibu yang mengandung ni, balik kerja kena masak lagi untuk suami, penatnya. Dengan ini, suami haruslah, hulurkan tangan ringankan beban. Sama-sama soleh dan solehah. Insya Allah.

5 Tanda Air Ketuban Bocor

1. Seluar dalam basah.
Nampak seperti kita terkencing, tetapi bukan, dan ia tiada bau.

2. Air bewarna putih tanpa bau.
Air yg terdapat pada seluar dalam kita adalah berwarna putih tanpa bau. Tapi adakalanya air ketuban boleh menjadi merah sedikit sebab kehadiran darah. Ait ketuban dan keputihan jauh berbeza.

3. Terasa air mengalir keluar.
Apabila air ketuban bocor, kita akan terasa macam ada air mengalir keluar dari kemaluan. Dan bila check, memang seluar dalam dah basah.

4. Air yang banyak sehingga basah peha.
Biasanya apabila air ketuban bocor, air yang keluar adalah sangat banyak sehingga membasahkan peha. Tapi ada juga kes dimana air ketuban keluar sedikit sehingga kita tak perasan. Bila check kat hospital, rupanya air ketuban dah tinggal separuh.

5. Tiada rasa sakit.
Biasanya anda tak akan rasa sakit apabila air ketuban pecah. Tiba-tiba je seluar dalam basah.

Tips Berpuasa Ketika Hamil

1. Makan makanan sunnah
2. Makan makanan seimbang
3. Minum air secukupnya
4. Elakkan pengambilan kafein
5. Elakkan mengambil gula yang berlebihan

Tanda-Tanda Nak Bersalin

1 . Bayi turun kebawah
2. Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendir
3. Sakit belakang
4. Pecah air ketuban

Jika ibu-ibu yang mengalami tanda-tanda seperti berikut, segeralah ke hospital.